Monday, April 12, 2010

Group Assignment; Kes Pembuangan Bayi
Anak adalah harta yang paling berharga dikurniakan oleh Allah S.W.T yang tidak dapat digambarkan nilainya. Anak dikurniakan kepada pasangan suami isteri agar dididik dan diasuh menjadi anak yang soleh, tetapi tidak semua pasangan yang berkahwin dikurniakan anak. Maka sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa menghargai anugerah yang diberikan.

Saban hari, banyak kes pembuangan bayi yang terpampang di dada-dada akhbar mahupun di kaca televisyen. Boleh dikatakan, hampir setiap hari terdapat kes-kes baru tentang pembuangan bayi. Apa yang lebih menyayatkan hati,bayi-bayi ini bukan hanya sekadar dibuang malah turut dibakar. Mereka seperti tidak mempunyai peri kemanusian langsung dan tergamak untuk bertindak sedemikian rupa dengan membuang bayi yang tidak berdosa tanpa ada belas kasihan.

Antara punca yang membawa kepada gejala pembuangan bayi adalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja masa kini. Golongan remaja yang sedang meningkat usia ke alam dewasa menpunyai sifat ingin tahu dan ingin mencuba yang amat dalam, justeru pengaruh dari barat merupakan salah satu faktor utama keruntuhan akhlak remaja Malaysia. Sebagai contoh, dalam dunia hiburan yang dimonopoli oleh barat, mereka menjadikan gaya hidup sebagai inspirasi penghasilan filem, iklan dan muzik. Contohnya, cara berpakaian serta pergaulan bebas dan gaya hidup yang tiada batasan mempengaruhi anak muda. Perasaan ingin tahu mempengaruhi minda serta tingkahlaku remaja di Malaysia dan cenderong ke arah gaya hidup yang tidak sihat. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan serta cara berpakaian yang mencolok mata menaikkan nafsu shahwat dan terjadinya anak-anak yang tidak beribu dan bapa.

Selain itu, ibu bapa turut memainkan peranan penting di dalam sesebuah institusi keluarga. Pada era serba moden ini , ibu bapa sibuk bekerjaya sehingga melupakan tanggungjawab kepada anak-anak. Kebanyakkan ibu bapa gemar menghantar anak-anak mereka di bawah jagaan orang lain yang membawa kepada kurangnya kasih sayang daripada ibu bapa. Di sini, bermulanya perasaan memberontak dan biadap terhadap ibu bapa dan ini membawa kepada adanya anak-anak yang terbiar. Selain itu, keruntuhan rumahtangga juga memainkan peranan penting kepada wujudnya anak-anak terbiar. Pergaulan tanpa pengawasan anak-anak terbiar ini menjadikan mereka bebas melakukan apa-apa sahaja mengikut hawa nafsu. Oleh itu, lahirnya anak-anak luar nikah dan membawa kepada pembuangan bayi secara berleluasa.

Kurang didikan agama merupakan salah satu punca lain yang membawa kepada gejala pembuangan bayi. Ibu bapa,jiran tetangga dan masyarakat memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak muda agar menjadi insan yang berakhlak tigggi selaras bagi melahirkan modal insan yang berguna. Kekurangan didikan agama menjadikan remaja tidak tahu membezakan antara halal dan haram serta akibat daridapa tingkahlaku tiada faedah mereka. Oleh kerana tiada ilmu di dada, maka mereka terlibat dalam kancah seks bebas tanpa mengenal dosa. Tidak cukup dengan melakukan satu dosa ditambah pula dosa membuang anak yang tidak sempat menatap wajah ibu bapanya sendiri. Apa yang lebih menyayatkan hati, anak-anak tersebut di buang tanpa rasa bersalah, belas kasihan serta sifat keperimanusiaan sebagai seorang ibu kepada anak kecil tersebut.



Bagi membendung gejala pembuangan bayi yang makin menular “ bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan” dalam masyarakat masa kini, hukuman sedia ada harus digubal agar lebih tegas dan berat terhadap pesalahlaku jenayah ini. Hukuman sedia ada dilihat seperti belum mampu untuk menanggani masalah ini. Pesalah tidak gentar dengan hukuman yang diberikan dan tidak serik untuk mengulangi perbuatan terkutuk tersebut. Seharusnya, kerajaan melaksanakan hukuman mengikut undang-undang Islam yang lebih tegas dan berat. Undang-undang ini dilihat lebih efisyen bagi menggerunkan orang ramai untuk tidak melakukan perbuatan yang terlarang tersebut. Selain itu, kerajaan juga harus mencari mekanisme baru bagi menangani masalah ini ibarat barah yang sedang menular dalam masyarakat sekarang dengan menghantar mereka yang bersalah ini ke pusat-pusat pemulihan akhlak agar mereka bertaubat dan menginsafi diri. Di sana, mereka akan diberikan didikan agama yang secukupnya serta ilmu-ilmu berguna untuk masa hadapan. Selama ini, kerajaan hanya menitikberatkan soal pemulihan dadah yang semakin meruncing dan hanya memandang sebelah mata tentang permasalahan ini tanpa membuat sebarang tindakan. Kini, kerajaan harus memainkan peranaan dalam menanggani masalah ini agar lebih ramai bayi yang tidak berdosa dibuang.


Selain itu, kerajaan juga boleh mengenakan hukuman sebat kepada pesalah yang melakukan kesalahan pembuangan bayi. Dengan cara ini, sedikit sebanyak boleh menakutkan orang ramai untuk melakukan pembuangan anak dan tidak akan mengulangi kesalahan tersebut. Dengan hukuman berat yang dikenakan oleh kerajaan, sedikit sebanyak dapat mengurangkan kes ini dan menjadi salah satu kebiasaan cara hidup di Malaysia. Kerajaaan seharusnya bekerjasama dengan agensi-agensi lain seperti Kementrian Wanita dan Masyarakat, Jabatan Agama Islam dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan lain dan berunding dalam satu meja bulat bagi mencari hukuman yang sesuai dalam menangani masalah ini yang makin meruncing saban hari.

Kesimpulannya, semua pihak haruslah memainkan peranan yang penting dalam membendung masalah ini dan tidak mengamalkan sikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Isu pembuangan bayi ini bukan lagi isu remeh dan semua pihak harus memandang serius terhadap masalah ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti,inovasi dan kreatif bagi mencapai Wawasan 2020

Monday, April 5, 2010


PERSONALITY PROFILES
NAJIB AND MALAYSIAN UNITY
Born on July 23, 1953, in Kuala Lipis Pahang and come from the family whose have blood of leadership. He is the eldest son of the late Tun Abdul Razak, the second Prime Minister of Malaysia, and a nephew of Tun Hussein Onn, our third Prime Minister of Malaysia. This make him closely related to Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn his own cousin. The person which I mean here is our sixth and current Prime Minister of Malaysia Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. He previously becomes a Deputy Prime Minister since January 7, 2004 until Tun Abdullah Ahmad Badawi had decided to retire from his position as a fifth Prime Minister at that time. On the April 3, 2009, Malaysia has a new Prime Minister when Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak was giving a trustworthy to lead Malaysia.

Besides that, he is a member of the United Malays National Organization (UMNO), and now he is currently the President of the party. He was first elected to the Dewan Rakyat representing the parliamentary constituency of Pekan, at the age of 23 after the death of his father. In his career, he held a varity of position in cabinets or ministerial portfolios such as Minister of Defence before being chosen as the Deputy Prime Minister by Tun Abdullah Ahmad Badawi .He had his first education at primary and secondary school at St. John Institution in Kuala Lumpur. Then, he furthers his study at Malvern College in England and subsequently studied at the University of Nottingham. He was first married to Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar but now he presently married to Datin Seri Rosmah Mansor. He has three sons that are Nizar, Nazifuddin and Norashman. Besides that, he is also has two daughters that is Puteri Norlisa and Nooryana Najwa.

In his leadership, he has come out with an idea to unite all the races that are having in Malaysia. The idea is 1 Malaysia concept. I Malaysia is a concept that is introduced by our sixth Prime Minister, Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak. The objective of this concept is to achieve national unity among its people. In other words, 1 Malaysia is a concept to foster unity in Malaysians of all races based on several important values which should become the practice of every Malaysian. 1 Malaysia is a formula which serves as a prerequisite to ensure realization of the country's aspiration to achieve developed nation status by 2020 if it is assimilated in the people and practiced by society. The tagline of this concept is “People First, Performance Now”. This tagline showed that our Prime Minister concerned to the citizen first such as citizen problem and others, while performance now means to achieve the stable economy, good of politic environments and others. The introduced of this concept make the citizen have a high trustworthy towards his leaderships. He is more stress on the national unity among races to make the bond between races stronger as well as to achieve develop nation status by year 2020. Eventhough, there are few people that against this concept. They consumed that this concept is one of the propaganda by the government to win the voters heart back, but it is depends on voters to choose which side give them more benefits.